Ayam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga? | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Saya nak mandi tambatan banyak, Tambah pula ada buaya; Saya nak berbini hutang banyak, Tambah pula hina dina. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Balik sana ruang mengkipan, Makan nasi berulam pauh; Laksana ayam di tambatan, Putus tali terbang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ambil buluh buat sumpitan, Hendak menyumpit rumah Cik Bata; Sungguhpun banyak biring tambatan, Ayam togel di laman juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Malam hari orang melukis, Membuat gambar indah sekali; Dalam hati hamba menangis, Ingat kekasih tambatan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari subuh orang berdayung, Hilir mudik tiada terhenti; Dari jauh abang berkunjung, Mencari adik tambatan hati. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam keladi di tengah ladang, Supaya lalang tidak menjadi; Di dalam hati sudah kutunang, Adinda seorang tambatan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kacang hijau di dalam talam, Dibuat penganan lazat sekali; Abang mengigau siang dan malam, Mengingat tuan tambatan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |