Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pa/.tam.pa/] | تمڤق٢

Definisi : 1. tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tampak-tampak

Puisi
 

Pulau Pemanggil teluk empat,
     Tampak dari Johor Lama;
Adik tinggal menunggu tempat,
     Abang pergi takkan lama.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Datang tampak muka,
     pulang tampak punggung.

Bermaksud :

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pantun

PantunSumberTema
Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tentu batangnya tampak lurus, Kerana kayunya sudah dibuang; Tentu abang tak nampak kurus, Kita bertemu sakitku hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Setaung anak -beranak, Tampak merah bulu sayapnya; Mintak ampun pada nan banyak, Banyak nan salah dengan silapnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah orang menari zapin, Tampak pangguk penuh tumpat; Banyaklah orang menjadi pemimpin, Tidak seagung Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Batang sianit batang kumpai, Tampak serumpun sudah mati; Alangkah sakit sayang tak sampai, Kasih beracun di hulu hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pulau Pemanggil teluk empat, Tampak dari Johor Lama; Adik tinggal menunggu tempat, Abang pergi takkan lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Awan petang warna lembayung, Hari senja tampak berseri; Pesan abang sudah kujunjung, Tapi mengapa merajuk pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang pasu susah dijual, Salah jual tampak mahalnya; Orang bisu dibawa berbual, Salah bual awak dibedalnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Asak buah asam kandis, Masak sebuah dicaruk ungka; Tampak sudah si hitam manis, Bergolak naik darah ke muka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sapu tangan punca merah, Mari sarung cincin suasa; Luka tangan tampak berdarah, Luka hati menahan rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas