| Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Pancang jermal tanah di air, Berbilang tahun tiada lapuk; Orang berakal faham berfikir, Senang menuntun sesama makhluk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Masak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Air hujan turun mencurah, Jatuh ke tanah terus ke laut; Binasa badan menahan gundah, Kasih kucurah tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Mengetam papan di tanah rata, Buah anggur buah berangan; Minta disiram air mata, Minta tidur di tapak tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Duduk di tanah Kelebang, Curi daging makanan Cik Tahir; Berapa deras dipukul gelombang, Belum mabuk ikan di air. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |