Hijau keduduk di tanah paya, Hijau kelalap di tanah rendah; Kalau duduk di bawah-bawah, Kalau bercakap merendah-rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa tanda kacang memanjat, Dari tanah terus ke pucuk; Apa tanda orang beradat, Hati rendah laku pun elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Banyaklah sudah jatuh ke tanah; Buruk negeri lupakan adat, Akhlak rendah runtuhlah maruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |