[tang.gung.ja.wab] | تڠݢوڠجواب
Definisi : kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tang.gung.ja.wab] | تڠݢوڠجواب
Definisi : sesuatu (spt kerja, tugas) yg mesti dilakukan; kewajipan: Gaji yg diterimanya tidak sepadan dgn ~ yg dipikulnya. bertanggungjawab 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. 2 = ~ kpd menanggung segala tanggungjawab: Jemaah menteri ~ kpd parlimen. kebertanggungjawaban perihal atau sifat bertanggungjawab terhadap: Dia terlalu mengambil berat dan wajar diberi pujian atas ~nya terhadap projek itu. mempertanggungjawabkan membebani (seseorang dsb) dgn (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[tang.gung.ja.wab] | تڠݢوڠجواب
Definisi : tanggungjawab; menjadikan bertanggungjawab atas (terhadap dll): Siapakah yg dipertanggungjawabkan utk menyelesaikan tugas itu? pertanggungjawaban perihal atau perbuatan bertanggungjawab terhadap. penanggungjawaban perihal atau perbuatan sanggup menerima tanggungjawab terhadap sesuatu, seseorang. penanggungjawab orang yg bertanggungjawab terhadap sesuatu, seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)