Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanjung]

Puisi
 

Putus tali menjerat tanjung,
     Tanjung dijerat buah pala;
Niat hati menatang ajong,
     Ajong berisi intan kumala.


Lihat selanjutnya...(133)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayung-ayung buah kerayung, Masak sebutir di hujung julai; Saya duduk tanjung-tanjung, Duduk bergantung rambut sehelai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Datuk rotan melimpah, Petang pagi orang beramu; Untungku elok badan bertuah, Orang dinanti datang merayu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanjung Datuk redan berbuah, Orang berebut membawa bekas; Untungku elok badan bertuah, Gayung bersambut cinta berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanjung Batu Seberang Alai, Nampak dari Teluk Gading; Makan sagu biang bersalai, Apa dilawan digonjeng kering.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tanjung Darat Bukit Seringan, Tempat taman raja berjuntai; Harapku berat langit nan ringan, Mati kempunan lamun tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tanjung Api pasirnya lumat, Tempat temasya Maharaja Kobat; Bagaimana nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan sahabat.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345678910...

Kembali ke atas