Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tapak;

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Cium tapak tangan,
     berbaukah atau tidak?

Bermaksud :

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Burung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam pauh gelinggang batu, Anak sembilang di tapak tangan; Meskipun jauh di Balai Satu, Hilang di mata di hati jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak pipit terbang seratus, Mari hinggap di tapak tangan; Tak sedar kainku putus, Tuan tak kulepas kepada tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah anggur buah berangan, Jadikan dengan si buah manggis; Minta kubur di tapak tangan, Mintalah nisan si jari manis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana jalan ke Santubong, Berjalan kaki tengah halaman; Bagaimana cara menangkap burung, Tabur padi di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang menuku, Turun makan padi di laman; Rasa nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang seribu, Mari berhenti di tengah halaman; Abang nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas