Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tat.ka.la] | تتکالا

Definisi : ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tat.ka.la] | تتکالا

Definisi : pd masa; pd ketika; pd waktu: ~ itu, hari sudah gelap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatkala (kata tugas,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan ketika, semasa, sewaktu, pada masa itu, pada waktu itu.,

Puisi
 

Johor Bahru jalan bertambak,
     Tempat anak Raja Temenggung;
Bukan baharu saya berkehendak,
     Memang tatkala ibu mengandung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai,
     (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Bermaksud :

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Tatkala parang sultan raja, Kapal pecah laut baik; Sungguh emas angkat cahaya, Letak di batu nampak tak baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Johor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan parang baru ditempa, Parang ada dari dahulu; Bukan sekarang baru berjumpa, Memang dijanji tatkala dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas