Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tau.fan] | طوفان

Definisi : angin ribut, badai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tau.fan] | طوفان

Definisi : angin ribut yg kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taufan (kata nama)
Bersinonim dengan badai, ribut, angin ribut, puting beliung, angin besar, angin gunung-gunungan, hurikan, prahara.,

Puisi
 

Kapal belayar tengah lautan,
     Tenggelam timbul pukul taufan;
Datang ribut barat selatan,
     Belum saya buang muatan.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Amerika dilanda taufan, Bala tanpa sempadan; Lupa kuasa Tuhan, Hidup tiada haluan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sampan nadi dibantai taufan, Ombak melanda pengayuh patah; Badan seperti bangkai berjalan, Nampak betina meleleh ludah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Angin puyuh puting beliung, Lautan luas dilanda taufan; Ingin menjauh hatiku bingung, Badan lemas lupalah makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tumbuk beras jadikan tepung, Buat mari kuih kelepong; Ribut sampai taufan pun kepung, Doa yang mana boleh tolong?Kurik Kundi Merah SagaAgama
Suluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ada satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas