Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bertebas sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil): semak-semak itu sudah ~; menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia disuruh ~ semak; ~ hutan menebang pokok-pokok dlm hutan, mem-buka hutan utk bercucuk tanam dll; ~ jalan merintis (membuat) jalan di hutan; ~ mene-bang = menebang ~ menebang segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok: setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula; menebaskan 1. sl membersihkan drpd pokok yg kecil-kecil: tebaskanlah segala semak ini; 2. menebas utk; 3. memarangkan, menetakkan: ia ~ pedangnya ke leher askar itu sehingga putus; tertebas dapat ditebas: aku yakin hutan itu akan ~; tebasan kawasan yg sudah ditebas, cerang, ladang: sebelum membakar ~ itu, ia melapor­­-kannya dahulu kpd polis;penebasan perihal (perbuatan, kerja dsb) menebas atau menebaskan: ~ semak di bela-kang rumahnya itu masih belum selesai walaupun upahnya sudah lama dibayar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tebas
Kata Terbitan : menebas,

Puisi
 

Hutan serumpun luar kota,
     Mari tebas kanan kiri;
Helang tak rabun musang tak buta,
     Biring jangan bebaskan diri.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Tebas rumput diawal bulan, Tebas sampai garis sempadan; Beras Siam dalam pasaran, Beras Kedah berlonggok di jalan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Tebas rumput rata-rata, Serindit turun bersarang di lembah; Lepas tangan putih mata, Seribu tahun tidak berubah.Pantun Melayu SarawakBerkait
Tebas-menebas orang di rimba, Untuk membuat ladang permatang; Tubuhku lemas hilang selera, Menengok tabiat abang memandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tebas ladang tanamkan kobis, Tanam sirih buatkan para; Betapa tenang hati terhiris, Murung sedih terimbas juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau membakar bertebas-tebas, Bila menebang berpepat-pepat; Kalau menakar berpepas-pepas, Bila menimbang bertepat-tepat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata.Pantun Melayu SarawakBerkait
Hutan serumpun luar kota, Mari tebas kanan kiri; Helang tak rabun musang tak buta, Biring jangan bebaskan diri.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Apa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas