Tanda muda tekun belajar, Menuntut ilmu sampai ke lahad; Tanda manusia santun dan benar, Berpatut Iaku memakai adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah tekun menjaring udang, Udangnya cukup dimakan sendiri; Kalaulah tekun membanting tulang, Senanglah hidup dikemudian hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah tekun menjaring udang, Dapat menggulai pagi dan petang; Kalaulah tekun membanting tulang, Niat kan sampai hati pun tenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mencari ilmu hendaklah tekun, Supaya dapat dibuat bekal; Terpuji Melayu hidupnya rukun, Dunia akhirat tidak menyesal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau tekun mencari ikan; Risauku bukan sebarang risau, Risau bertahun menanti pesan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tanah liat dibuat jubin, Buluh muda dibuat bingkai; Belajar dengan tekun dan rajin, Harapan ibu jangan diabai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Andainya kuda memakan nasi, Tentulah makan dengan tuanya; Andai mudanya tekun mengaji, Tentulah nyaman di hari tuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Angin sakala turunkan layar, Supaya maju sampah dikayuh; Ingin beramal tekun belajar, Kerana ilmu amalan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak musang baru berakal, Setiap pagi mencari buah; Sejak bujang tekun beramal, Hidup mati dirahmati Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa tanda lading darat, Menanam padi dengan tugal; Apa tanda orang beradat, Faham berbudi tekun beramal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |