Kata adat membawa teladan, Teladan hidup tahukan diri; Lupa adat binasalah badan, Iman redup nafsu berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Banyaklah solat di bulan Ramadan, Bulan puasa umat Islam; Banyaklah sahabat menjadi teladan, Teladan utama sahabat Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sifat tua berdada lapang, Jadi teladan yang muda; Adat dijaga lembaga dipegang, Jadi pedoman sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata adat, Adat berisi contoh teladan; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati senonoh iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat Melayu ke orang tua, Tempat petua serta teladan; Taat berguru teranglah dada, Ibadat bertambah kepada Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dahan rapuh jatuh ke tanah, Dedalu tumbuh bersama palas; Teladan kepada tidak amanah, Seribu lesap sejuta melepas. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Pasang surut mencari lokan, Ketika itu tak ada airnya; Orang patut menjadi teladan, Kerana tahu membawa dirinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petuah ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Luar malam jadi teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patuh Melayu kepada yang hak, Bila batil diketepikan; Senonoh laku kukuhlah tegak, Besar kecil jadi teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |