Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telaga (kata nama)
Bersinonim dengan perigi, sumur, luak, mata air.,

Puisi
 

Telaga batu di Batu Pahat,
     Dipahat Siam hendak ke Melaka;
Kalau begitu membuat jahat,
     Tidak diam badan celaka.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Telaga kering hilanglah timba.

Bermaksud :

Kemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Hendak mandi telaga mana, Telaga darat Padang Kemunting; Hendak berbini si muda mana? Mulut birat betisnya bunting.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Telaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Air telaga terasa sejuk, Siapa ke sana teruslah mandi; Kupandang muka membawa mabuk, Kudengar suara memutus hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik puteri telaga indah, Di sana budak menjala sepat; Adik berjanji sedia menikah, Bila tidak ditimpa laknat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik puteri telaga undang, Sungai berbelok ke kuala; Adik berjanji kepada abang, Sampai bongkok tetap setia.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Air keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Air keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang mengkudu tepi telaga, Putik sebiji tak juga besar; Abang menunggu berputih mata, Adik dinanti tak ada khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas