Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.len.tang] | تلنتڠ

Definisi : terbaring (terletak dll) dgn bahagian depan atau bahagian cekung ke atas, lwn telung­kup: Salihin yg mula-mula ~ itu, mem­balikkan badannya; menelentang terbaring (tidur, terletak) telentang: sekarang dia ~ bujur di atas tilam; menelentangkan membaringkan (mele­tak­kan dll) telentang: dia ~ badannya; tertelentang terjatuh (terbaring dll) telentang; ~ berisi air, tertiarap berisi tanah prb perihal orang yg terlalu miskin (lemah), tidak berdaya upaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.len.tang] | تلنتڠ

Definisi : terbaring atau terletak dgn bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dgn bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telentang

Peribahasa

Seperti kura-kura telentang.

Bermaksud :

Orang sakit yang terbaring dengan tiada berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Buluh perindu di Bukit Siguntang, Sejak dahulu berhujan panas; Tubuhku layu sakit telentang, Kerana cintaku tiada berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas