Kalau memikat burung bayan, Jangan pula dijual beli; Biar jadi telinga tempayan, Jangan jadi telinga kuali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bagaimana tempua tidakkan palak, Kepaknya habis dicabuti gajah; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Anak menangis bini menyanyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana tempua tidakkan palak, Mendengar kera terkentut-kentut; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Mendengar mentua merungut-rungut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kata adat disebut orang, Isinya benar diturut umum; Mata melihat mengikut undang, Telinga mendengar menurut hukum. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ujung tiang diikat besi, Supaya tidak dimakan rayap; Untung malang menjadi laki, Telinga pekak badan berkurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Susahlah hati anak jelatik, Di mana tegak tercabut bulu; Susahlah hati hendak berbisik, Telinga pekak mulut pun bisu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ulat bukan sebarang ulat, Ulat sutera gunanya banyak; Umpat bukan sebarang umpat, Diumpat mentua telinga pekak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Cik Kadir menetak senduduk, Senduduk tumbuh tepi telaga; Kalau takdir tak dapat tanduk, Namun telinga kupulas juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Hujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |