Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Telur sesangkak,
     pecah satu pecah semua.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga telur bertekat-tekat, Mari dikarang berikat-ikat; Adik duduk tersimpuh rapat, Abang akan duduk dekat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa benda beribu-ribu, Telur penyu banyak di laman; Minta embun turun selalu, Biar kembang bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga melur kembang sekaki, Ambil sekuntum bungkus kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga melor bunga melati, Ketiga dengan bunga kertas; Dari telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga melur di atas peti, Mari dibungkus dengan kertas; Dalam telur boleh dinanti, Konon pula sudah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Gamat menikam gamat, Bunga melur kembang sekaki; Biar lambat asal selamat, Dalam telur boleh kunanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ahmad menikam gamat, Bunga melur kembang sekali; Biarlah lambat asalkan selamat, Di dalam telur boleh kunanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas