Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : = ~ merah sj logam berwarna merah dan digunakan utk membuat dawai (periuk dll); ~ kuning aloi drpd tembaga dan zink, kuning­an, loyang; ~ perunggu aloi drpd tembaga dan timah, gangsa; ~ putih aloi drpd campuran timah putih dan timah hitam; ~ suasa aloi drpd campuran emas dan tembaga;menembaga berwarna merah spt tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : bunga ~ suasa sj tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan (tanah, tembaga), melung, (se)landap, Crinum asiaticum; daun ~ suasa sj tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, dedawai (betina), itah tembaga, rancang besi, tampang besi, tongkat ali, Smilax callophylla; rumput ~ jantan sj tumbuhan (rumput), Ischaemum muticum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : , = ~ merah logam ber­warna perang kemerah-merahan yg biasanya digunakan utk dibuat dawai, periuk dll: ~ kuning pancalogam drpd campuran tembaga dgn zink; loyang; ~ putih pancalogam drpd campuran timah putih dgn timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembaga

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan tembaga bukannya perak, Anak kunci tidak beribu; Tuan juga janganlah tidak, Anak menantu di muka pintu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api-api dusun, tembaga dusun, Anak Keling kaca, bergelang kaca; Bukan mati racun, kerana racun, Mati terhelin mata, si ekor mata.Pantun Melayu SarawakBergendang
Beratlah besi dari tembaga, Bila ditimbang terasa penat; Niat di hati menanti dinda Kiranya orang tiada ingat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Balam ini balam tembaga, Balam makan di atas loyang; Malam ini malam celaka, Malam merombak kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dulang ini dulang tembaga, Dibeli ada dipakai tidak; Malam ini malam celaka, Berjanji ada datang tidak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Talamlah ini talam tembaga, Putus tali sampainya hilang; Malamlah ini malam celaka, Putusnya janji sampainya hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berdentum bedil Melayu, Nak tembak talam tembaga; Datuk Bandar bukalah pintu, Anak dagang nak masuk berniaga.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bukan dulang sebarang dulang, Dulang kami dulang tembaga; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang kami tiada berhingga. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas