Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bi.lang] | تمبيلڠ

Definisi : sj alat menggali lubang yg ber­tangkai panjang, penggali;bagai ~ bagai penggali, begitu yg hilang begitu pengganti prb yg hilang sama dgn gantinya; di mana ~ terhentak, di situ cen­dawan tumbuh prb di mana perselisihan berlaku di situlah diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bi.lang] | تمبيلڠ

Definisi : alat bertangkai panjang yg digunakan utk menggali lubang; penggali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembilang

Juga ditemukan dalam:

Peribahasa

Utang (hutang) tembilang belum langsai,
     utang (hutang) tajak bila pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Tembilang tepi batangi, Tembilang elok tampuknya; Kok nan hilang boleh diganti, Nan hilang elok lagi bangsanya.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas