Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.gi.ri] | تڠݢيري

Definisi : sj ikan laut, Scomberomorus spp.; jenis-jenisnya: ~ batang sj ikan tenggiri, Scomberomorus commersonii; ~ bunga = ~ papan sj ikan tenggiri, Scomberomorus guttatus; ~ kikus = ~ musang sj ikan tenggiri, Scomberomorus lineolatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.gi.ri] | تڠݢيري

Definisi : nama sj ikan laut, Scom­beromorus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenggiri

Puisi
 

Ikan tenggiri ikan todak,
     Tiga dengan ikan kerapu;
Toleh kiri kanan pun tidak,
     Sampailah saya dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(33)

Pantun

PantunSumberTema
Ikan tenggiri dimasak opor, Ikan parang dimasak santan, Anak Negeri mati kebulur, Orang seberang diberi makan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Ikan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ikan tenggiri ikan todak, Tiga dengan ikan kerapu; Toleh kiri kanan pun tidak, Sampailah saya dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak tenggiri anak selambai, Ludah-ludah dalam perahu; Langit tinggi jangan dicapai, Bumi rendah tengok dahulu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ikan tenggiri ikan di laut, Pecah lemak berlinang-linang; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan menumbuk pinang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang tenggiri ikan di laut, Airnya tenang lenang-lenangan; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan mengacip pinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau sudah tenggiri datang, Hulur kembang di luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Cari ganti tempat yang tahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan todak tenggiri batang, Suluh menyuluh di dalam perahu; Tuan hendak sendiri datang, Suruh menyuruh saya tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan cudak tenggiri batang, Suluh-menyuluh di haluan perahu; Kalau hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh kami tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12345

Kembali ke atas