Tengok-tengok bawah batang, Kalau ada ketam menyelit; Tengok-tengok abang datang, Kalau ada kirim duit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tengok-tengok menarik jaring, Kerana jaring talinya panjang; Elok-eloklah adik menjeling, Kerana dijeling hatiku bimbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tengok-tengok naik ke kotak, Sampan kotak tiangnya tinggi; Elok-eloklah adik menolak, Salah menolak tunangnya nanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tengok-tengok memetik dedap, Buah dedap masak setangkai; Elok-eloklah adik bercakap, Salah cakap kasih tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Andainya tegak di bawah tiang, Tengok-tengok lantai yang patah; Andainya awak dituakan orang, Elok-elok menyampaikan petuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya tegak di bawah tiang, Tengok-tengok tempat yang retak; Andainya awak dituakan orang, Jenguk-jenguk umat yang banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau nak tahu kelat halia, Cubalah tengok halia darat; Kalau nak tahu sahabat setia, Tengok sahabat Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Duduk di tepi pantai, Tengok orang pancing selampai; Jika tidak bunga di tangkai, Banyak kumbang hidup tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Esah orang Patani, Takut tengok telaga dalam; Tak usah hidup begini, Tidur siang berjaga malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |