Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (tépak) 1. sj bekas rokok (tembakau dll) yg dibuat drpd daun pandan dll, celepa; 2. = ~ sirih sj kotak kecil (drpd kayu, logam, dll) utk bekas sirih; ~ jorong bekas sirih yg bulat dan panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), Fissis-tigma cyclindricum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang menampar atau menepuk; menepak 1. memukul (menangkis) dgn telapak atau belakang tangan: ~ pukulan; ~ senjata; 2. (Sunda) menepuk, menampar: ~ muka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /tépak/ 1 bekas yg dibuat drpd daun pandan dll utk tempat rokok, tembakau dsb; celepa. 2 = ~ sirih kotak kecil yg dibuat drpd kayu, logam dll utk tempat sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepak

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Tepak peminang dari gangsa, Bawa mudik ke hulu-hulu; Kami tidak memandang bangsa, Bangsa abang biarlah dulu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tepak sirih di tepi dapur, Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu; Minta sirih barang sekapur, Buat ubat hati rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tepak ini buatan Palembang, Mari dialas dengan kertas; Jangan adik berhati bimbang, Benda di tangan tidak terlepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada untungnya.membeli tepak, Dapat diisi sirih dan pinang; Ada untungnya berbini pekak, Diumpat laki dia bertenang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh hitam si putik manggis, Sirih kuning dalam tepak; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning pengubat edah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih ada pinang pun ada, Saja saya tak bubuh di tepak; Kasih ada sayang pun ada, Sajalah saya tak beri nampak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas