Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepian

Puisi
 

Berempat tegak di tepian,
     Cukup berlima maka mandi;
Usah mengumpat di bahagian,
     Suratan sudah dimenterai.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Bermaksud :

Sangat luas dan banyak pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Lubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Banyaklah ubi perkara ubi, Ubi merambat tepi-tepian; Banyaklah nabi perkara nabi, Nabi Muhammad nabi pilihan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau berkain pergi mandi, Jangan menyesah di tepian; Kalau bermain tidak jadi, Jangan menyesal kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cerek dan teko kan den beli, Den jinjing lalu ke tepian; Teluk dan lengkokkan dijalani, Ditampung sehari pencarian.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Yang remah ada lekatnya, Yang bulan ada cahayanya; Yang rumah ada adatnya, Yang tepian ada bahasanya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mana tiku mana piaman, Batu kecil kiliran padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tepian tempat mandi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kinabalu bertangga peti, Ambil kumala di mulut naga; Jikalau sudah kata di hati, Tepian hidup terus dicuba.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas