Elok-elok kenali terap, Terap diampai menjadi benang; Elok-elok kalau bercakap, Cakap sampai orang pun senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Terap jatuh menimpa dahan, Buah kedondong kelapa mawar; harap kami kepada tuan, Jadi pelindung jadi penawar. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Buah terap sedap dimakan, Buah kedondong dalam guni; Harap kami kepada tuan, Sama hidup dalam harmoni. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Daun terap di ataslah bukit, Kapallah menyamun dualah batang; Jadi kenangan bukanlah sedikit, Darilah dulu sampai sekarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pokok terap dipukul bayu, Bayu sampai ke kota raja; Sudahlah adat kita Melayu, Pandai berpantun berguraulah senda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Daun terap gugur melayang, Jatuh ke laut disambar tenggiri; Tidur sekejap bangun abang, Bukan rumahtangga sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pokok terap tumbuh di bukit, Buahnya lisut dimakan kera; Harap di hati bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun terap gugur melayang, Kayu ara di Kampung Bukit; Harapnya abang ibu melayang, Harapnya adik tidak sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun terap di atas bukit, Tempat menggantung buah pala; Harapnya kami bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun terap atas bukit, Buat tudung buah pala; Harap saya bukan sedikit, Sama banyak rambut di kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |