Bila batang tidak berakar, Batang lapuk dahan meranggas; Bila hutang tidak terbayar, Sebarang duduk merasa cemas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila batang tidak berakar, Tentulah tumbang jatuh ke tanah; Bila hutang tidak terbayar, Seteru datang musuh bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila batang tidak berakar, Buah gugur kuncup pun layu; Bila hutang tidak terbayar, Maruah hancur hidup pun malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pulang petang membawa rotan, Tikar mengkuang menyambut tetamu; Bukan kepalang budmi tuan, Tidak terbayar dengan Sri Ayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi bersemak belukar; Bukan mudah berhutang budi, Hutang budi takkan terbayar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sakit sungguh tertelan duri, Sampaikan pagi darah keluar; Sakit sungguh termakan budi, Sampai mati tiada terbayar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |