Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bunga sena sayur mengkuang, Sudah dipetik jual ke kedai; Banyak tanah luas terbentang, Sudah dipajak sudah digadai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Anak kijang mula berdiri, Jatuh terlentang disengat lebah; Awak pincang bawa berlari, Bumi terbentang senget sebelah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau hendak melirik dahan, Akar bertindih sudah terentang; Kalau hendak menyejukkan badan, Tikar purih sudah terbentang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |