Kalau secupak sama secupak, Bila segantang sama segantang; Kalau tercampak sama tercampak, Kalau berhutang sama berhutang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tegak adat tegaklah tuah, Tuah menjadi payung negeri; Rosak adat tercampak maruah, Maruah tercampak lancunglah diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tikus mati tercampak, Memanjat pohon ditepi sungai; Awak kurus berbini banyak, Lambat-laun mati meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah pauh jatuh tercampak, Jatuh mari tepi kuala; Air keruh ikan tak nampak, Buat penat turun menjala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Yang batu memanglah malang, Tercampak tidak timbul lagi; Orang berkuku bersenang-lenang, Anak-beranak berbagi rezeki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buluh betung ditebang rata, Banyak tercampak di tepi tubir; Sungguh beruntung orang buta, Tidak nampak orang mencibir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Menitik embun daun pun masak. Tercampak di batang pinang, Terbuang ke tepi paya, Padan pipih diambil juga, Itulah pandan nan tak layu; Adik sepantun beras basah, Diayak ditampi orang, Ditampi terbuang juga, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bintang tujuh tinggal enam, Satu tercampak ke Majapahit; Batang tubuh demam tak demam, Air liur ditelan pahit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ambil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |