| Banyak terdapat di kedai Jamilah, Cukup tahun jualan murah; Tidak tercucuk jarum sebilah, Jati diri tidak rasuah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa | 
			
				| Dijual oleh anak Kedah, Banyak terdapat di kedai Jamilah; Gagah tampan menyusun langkah, Tidak tercucuk jarum sebilah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa | 
			
				| Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada | 
			
				| Batang selasih mudah patah, Banyak terdapat di Hutan Dalam; Banda Aceh musnahlah sudah, Mangsa menangis siang dan malam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama | 
			
				| Pukul empat pasang bendera, Berbunyi kismis di Pulau Babi; Kalau terdapat macam adinda, Mulutnya manis hatinya sudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |