Orang menuba suak dan sungai, Banyaklah ikan mati terapung; Abang umpama budak tergadai, Hendak berjalan kaki terpasung | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Suka duka malam menjelang, rahmah makan tidak bergulai; Jika belajar alang kepalang, Eumah terbakar kampung tergadai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hari buruk berhenti mencari, Hendak berbual tiada pandai; Laki pemabuk bini penjudi, Anak terjual rumah tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Niat hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai; Berat hati hendak berkunjung, Hidupku papa badan tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |