| Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Anak pipit mati terhimpit, Mati dipanah kumbang hijau; Santaplah tuan pinang bergigit, Saya nak membelah tidak berpisau. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Apabila kaki terinjak arang, Banyak sedikit tentulah hitam; Apabila hati banyak meradang, Tidak terhimpit tentulah karam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Sejak beruk pandai berkitab, Banyaklah musang menjadi murid; Sejak datuk mulai menyelap, Banyaklah orang mati terhimpit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |