Kain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Mengapa pagar tidak dipepat, Kerana gergaji tidak dipakai; Mengapa seluar tidak terikat, Kerana bininya minta cerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang Kedah timbang neraca, Seperti dacing negeri Kelantan; Kalau sudah nasib kaca, Terikat di cincin dikata intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Oranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau mengutip buah saga, Jangan dibuang ke dalam kolong, kalau hendak maju berniaga, Jangan terikat dengan Along. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Benggali main ke darat, Kain pelikat di atas peti; Berapa kali kamek melihat, Sudah terikat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Encik Ali pergi ke selat, Kain berlipat di atas peti; Baru sekali saya melihat, Sudah terikat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |