Apabila kaki terinjak arang, Banyak sedikit tentulah hitam; Apabila hati banyak meradang, Tidak terhimpit tentulah karam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sakit kaki terinjak bara, Bawa berjalan pening sekali; Sakit hatiku tidak terkira, Melihat tuan menjeling kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mengapa kaki jadi melepuh, Kaki terinjak ke bara panas; Mengapa laki lari menjauh, Bininya galak mentua ganas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa orang berladang, Kalau padi patah terinjak; Untuk apa abang bertandang, Kalau janji sudah rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |