Kerat selerang kain mastuli, Belum terjual tukangnya mati; Kuat orang jangan peduli, Sebelum ajal berpantang mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak beruk berkain sutera, Banyaklah kain terjual habis; Sejak datuk bermain gila, Banyaklah datin berbekal keris | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang beradat kuat beramal, Tahu dirinya hidup kan mati; Membuang adat umat terjual, Layulah negeri kampung pun lesi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hari buruk berhenti mencari, Hendak berbual tiada pandai; Laki pemabuk bini penjudi, Anak terjual rumah tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bulan puasa bulan Ramadan, Bersambung dengan bulan Syawal; Kerana bercinta binasa badan, Untung buruk badan terjual. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kerana kainnya tiada Iebar, Hendak diikat pastilah tanggal; Kerana pemimpin pendusta besar, Banyaklah umat mati terjual. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |