Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.rat] | ترکرت

Definisi : terpotong (kayu, jari, dll), terpeng­gal (kepala), terhenti (percakapan, perbual­an) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.rat] | ترکرت

Definisi : terpotong; terpenggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,

Puisi
 

Kembang indah menawan hati,
     Sayang terkerat di tengah hari;
Cinta itu laksana api,
     Tersalah hemat membakar diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Satu terkerat semuanya layu, Mati layu terkulai kembang; Di situlah tempat tuah Melayu, Dari dahulu sampai sekarang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila terkerat mohon limbuskan, Bila tercencang mohon dibalur; Bila tersesat mohon luruskan, Bila menyimpang mohon ditegur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Asap api naik berjurai, Terkerat tali di haluan perahu; Hajat hati tak mahu bercerai, Janji tersurat siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila terbelah menjadi layu, Bila terkerat mohon elokkan; Bila tersalah berilah tahu, Bila tersesat mohon luruskan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kembang indah menawan hati, Sayang terkerat di tengah hari; Cinta itu laksana api, Tersalah hemat membakar diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Wajiblah meraut taji pembelah, Supaya kayu cepat terkerat; Wajiblah sujud kepada Allah, Supaya selamat dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan ditebang kayu nan rampak, Kalau ditebang dahan terkerat; Jangan ditentang ibu dan bapak, Kalau ditentang badan melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas