Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ku.lai] | ترکولاي

Definisi : terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar), tergantung terbuai-buai (spt dahan patah), terlentok (kepala, bunga di dahan, dll): kakinya yg patah itu ~; kepalanya yg ~ itu perlahan-lahan diangkatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ku.lai] | ترکولاي

Definisi : tergantung berbuai-buai (spt dahan kayu yg patah tetapi tidak putus); terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kulai
Kata Terbitan : terkulai,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan.

Bermaksud :

Hidup yang serba susah. anggup-anggip = terkulai-kulai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Satu terkerat semuanya layu, Mati layu terkulai kembang; Di situlah tempat tuah Melayu, Dari dahulu sampai sekarang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Batang pepaya putik bergetah, Kena api terkulai habis; Abang menyapa adik melengah, Rasa hatiku bagai dihiris.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sakit kaki kerana terbakar, Dibawa tegak jatuh terkulai; Sakit hati dibawa bersabar, Bila tidak kasih bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang anggerik bunga di hutan, Patah tangkai terkulai layu; Cantik di muka nampak kelihatan, Buruk di hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Wangilah bunga di tepi hutan, Diaruk kumbang dahan terkulai; Lakilah tua bini menyetan, Remuklah tulang badan pun longlai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang dikarih nasi, Yang disenduk gulai; Yang bersih menjadi, Yang buruk terkulai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Nanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang mengkudu di tepi sungai, Putiknya musnah dimakan musang; Abang menunggu mati terkulai, Adiklah pindah ke tangan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah pauh di tepi ladang, Dimakan tupai menjadi busuk; Susah sungguh menanti abang, Badan terkulai hatiku remuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pingganlah pesuk diisi juga, Baru diangkat pecah berderai; Badanlah bongkok berbini muda, Baru mendekat sudah terkulai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas