Kalau tuan membelah jati, Belah jangan terlampau panjang; Jangan tuan berkecil hati, Saya memohon izin pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Harap-harap makan dijerat, Ubi dimakan kerbau jantung; Harap saya terlampau berat, Di manakah tempat hamba bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Kelebang ikan gelama, Dalam peti beras dikisau; Abang pergi terlampau lama, Hati saya bertambah risau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Limbai-limbai naik ke lampau, Anak raja datang bersembah; Kalau sudah budi terlampau, Bukannya kurang makin bertambah. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Datang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pergi ke pekan ke Kota Satu, Singgah menanak sederaman minyak; Tubuh hitam semacam itu, Kampung kami terlampau banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari mana hendak ke mana, Dari Jepun ke bandar Cina; Wahai tuan tumpang bertanya, Burung terbang terlampau lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |