Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lang.gar] | ترلڠݢر

Definisi : 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar (peraturan, undang-undang, dll): barang siapa yg memegang dia, tentu akan ~ pantangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,

Puisi
 

Kusangka kapal di tengah laut,
     Rupanya terlanggar karang yang ganas;
Kusangka kukuh embun di rumput,
     Rupanya hilang ditimpa panas.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Budak-budak bermain basikal, Jatuh kerana terlanggar pedati; Hendaklah tabah hendaklah cekal, Hingga sampai hajat di hati.Pantun Melayu SarawakNasihat
Ular lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kusangka kapal di tengah laut, Rupanya terlanggar karang yang ganas; Kusangka kukuh embun di rumput, Rupanya hilang ditimpa panas.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Di atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang merempuh di kaki bukit, Siapa bilang terlanggar pipit; Abang cakap manis di mulut, Saya mendengar menjadi leput.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas