Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lang.sung] | ترلڠسوڠ

Definisi : 1. telah dikerjakan atau dilak­sanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lang.sung] | ترلڠسوڠ

Definisi : terlanjur atau terdorong (bkn kata, motokar, perahu dll); terlajak; terlepas: Motokarnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Rumah patung Kuala Linggi,
     Pohon sena di tepi air;
Sudah terlangsung saya ke mari,
     Bagai minyak bercampur air.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Bunga kesum tebing tinggi, Nampak dari Kuala Segamat; Singgah terlangsung saya ke mari, Minta doa biar selamat.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Rumah patung Kuala Linggi, Pohon sena di tepi air; Sudah terlangsung saya ke mari, Bagai minyak bercampur air.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Dari Nandung ke Pantai Nandi, Orang bergajah dua beranak; Sudah terlangsung kami ke mari, Apa perintah orang banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas