Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.bih] | ترلبيه

Definisi : 1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat: kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris; ~ dahulu pertama-­tama; 2. = terlebih-lebih = ~ pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.bih] | ترلبيه

Definisi : 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlebih

Puisi
 

Apa daya dengannya kuku,
     Terlebih baik dengannya pedang;
Tak usah dihantar sampai di pintu,
     Kakandamu boleh berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Cium tapak tangan,
     berbaukah atau tidak?

Bermaksud :

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)

67

Don't buy a pig in a poke

Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.

Membeli kucing dalam karung

"Remember the saying, don't buy a pig in a poke. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig

"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Berapa dalam lubuk Beladin, Terlebih dalam lubuk Muarang; Berapa tajam pisau dan ladin, Terlebih tajam mata pedang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Apa daya dengannya kuku, Terlebih baik dengannya pedang; Tak usah dihantar sampai di pintu, Kakandamu boleh berjalan seorang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah tebu disangka kandis, Terlebih kandis di dalam puan; Gula madu disangka manis, Lebih manis wajahmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baik-baik menebang jati, Biar serpih tumbang jangan; Baik-baik mencari ganti, Biar terlebih kurang jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan menebang jati, Rambai saya serpih jangan; Sila tuan mencari ganti, Biar terlebih kurang jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Raja Arif Shah masuk ke taman, Taman larangan Betara Indera; Arif bertemu dengan budiman, Terlebih indah laut mutiara.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pergi ke Lembing seguni minyak, Pergi Jerantut membeli jamu; Kalau abang nak berbini banyak, Terlebih dahulu tuntut ilmu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan pergi ke paya, Ikan haruan mudik hulu; Kalau tuan hendakkan saya, Cuba nyatakan terlebih dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas