Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlentang

Puisi
 

Keluang keluwi terbang terlentang,
     Singgah sekejap di pokok sirih;
Putus duit boleh berhutang,
     Putus kasih susah nak boleh.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Keluang keluwi terbang terlentang, Singgah sekejap di pokok sirih; Putus duit boleh berhutang, Putus kasih susah nak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kijang mula berdiri, Jatuh terlentang disengat lebah; Awak pincang bawa berlari, Bumi terbentang senget sebelah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk jalan melompat, Hujan tiba jatuh terlentang; Awak buruk hidup melarat, Manakah ada disapa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa busuk di bawah bangku, Anak ayam mati terlentang; Siapa duduk dengan Cik Bongsu, Bagai bulan pagar dek bintang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Air pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang mudik ke hulu, Anak baung mati terlentang; Sudah dipasang olehmu itu, Tujuh tanjung di sebalik pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang lurus pemagar kandang, Tembuk dimakan api salai; Orang kurus tidur terlentang, Ditengok bagai papan sehelai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Terbang nyamuk menyusur batang, Semut menggigit terasa sakit; Orang gemuk tidur terlentang, Perut buncit bagaikan bukit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas