Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terluka


Pantun

PantunSumberTema
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila mengerat betung, Jangan sampai terluka jari; Apabila mendapat untung, Janganlah sampai lupa diri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Awas-awas membeli pisau, Salah asah tangan terluka; Awas-awas pergi merantau, Salah langkah badan celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa suka mengikat taji, Lama-lama tentu terluka; Siapa suka berniat dengki, Kemana saja tentu celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Parang panjang bawa menebas, Salah cencang kaki terluka; Orang peradang marahnya lekas, Salah pandang jadi sengketa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila mencari buah nangka, Tentu ingat getahnya lekat; Apabila hati sudah terluka, Perlu diingat betahnya lambat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Berbuah macang dimakan ungka, Ada angin gugur sendiri; Salah cencang tangan terluka, Salah pemimpin hancur negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas