Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlupa

Puisi
 

Dua belas gunung bertani,
     Tanam tebu terlupa tapak;
Jangan belas dagang kami,
     Mati kecil ibu tercampak.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sabut kelapa elok dibakar, Asapnya dapat menghalau nyamuk; Takut terlupa elok berlajar, Supaya ingat jikalau suntuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang berdolak-dalik, Anak kepiting berpecah belah; Burung terbang terlupa balik, Nanti muram orang mengubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ambil galah panjang sedepa, Jemur mari kain basahnya; Jangan salah jangan terlupa, Kalau rimau nampak belangnya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Terbuang kayu dimakan ulat, Ulat makan batang berlubang; Terbuang Melayu lupakan adat, Adat terlupa bala yang datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila tercencang mohon dibalur, Bila terlanda mohon baikkan; Bila menyimpang mohon ditegur, Bila terlupa mohon ingatkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik sungguh mencari kurau, Bulunya cantik untuk hiasan; Adiklah jauh hatiku risau, Rindukan adik terlupa makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas