Bila termakan ke biji pahit, Berilah cuka berserta madu· Bila kusimpan jadi penyakit, Hendak dibuka berasa malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila termakan buah jelatang, Lemaknya ada patut dicuci; Bila kutahan susah seorang, Henda:k menyapa mulut terkunci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk termakan asam kelubi; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk menahan dendam berahi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk termakan umbi beracun; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk menanti bertahun-tahun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk kerana termakan jering; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk melihat adik menjeling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila hendak meratah kerang, Bila tak ingat termakan cika; Apabila awak difitnah orang, Janganlah cepat bermasam muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Gunung Tahan Gunung Semabuk, Nampak dari Inderagiri; Sudah termakan buah mabuk, Terperanjat pula ibu sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kalau memakan keladi puyang, Jangan lupa pada bungkalnya; Kalau termakan budi orang, Jangan lupa pada asalnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau selalu makan tenguli, Lama-lama muakkan pindang; Kalau selalu termakan budi, Lama-lama diperbudak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sakit sungguh tertelan duri, Sampaikan pagi darah keluar; Sakit sungguh termakan budi, Sampai mati tiada terbayar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |