Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.me.nung] | ترمنوڠ

Definisi : duduk diam sambil berfikir atau bertafakur ttg sesuatu; berfikir panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menung
Kata Terbitan : bermenung, termenung, memenungkan, menungan, kemenungan,

Puisi
 

Air tenang nampak termenung,
     Hendak berenang terasa takut;
Kalau asal kain ditenun,
     Lulus jarum benang mengikut.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Seperti orang tertikamkan kawan.

Bermaksud :

Diam termenung; berhati walang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Duduk termenung mengusap kaki, Lama duduk hingga ke senja; Kalau gunung hendak didaki, Teguhkan tekad bersemangat waja.Pantun Melayu SarawakNasihat
Duduk termenung di waktu petang, Padang selasih ditumbuh kangkong; Sudah nasib diriku malang, Sedang berkasih kocek kosong.Pantun Melayu SarawakNasib
Duduk termenung di tepi muara, Ditiup angin daun bergoncang; Bila terkenang pada dara, Berdebar hati bertambah sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kera tidak termenung, Pisang diperam dimakan kuda; Bagaimana mata tidakkan cengkung, Siang malam mengintai janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang itik duduk termenung, Hendak berenang kakinya patah; Kupandang adik gemuk gedempong, Lemahlah tulang hati pun gundah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Air tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tun Kudu orang Melayu, Tun Tuah orang Melaka; Duduk termenung menanggung rindu, Mengenang tuan jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas