| Tanda parang ada hulunya, Tidak berhulu tidak terpakai; Tanda orang ada malunya, Tidak bermalu rosak perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat | 
				| Apabila bertiup angin badai, Ombak datang harus berjaga; Apabila hidup ingin terpakai, Kepercayaan orang harus dijaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
				| Buah bacang masak di tangkai, Hujan ribut jatuh melayang; Saya dagang tidak terpakai, Bagai melukut di tepi gantang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan | 
				| Besarlah rusa di dalam rimba Rusa dibantai kerana jerat; Besarlah jasa alim ulama, Jasa terpakai dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan | 
				| Sayangnya pinggan sudahnya retak, Diisi minyak pecah berderai; Sayang tuan berkepala botak, Kuberi minyak tiada terpakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka | 
				| Buah pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau hayatku salah ada, Sudilah juak bunga terpakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |