Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pan.dang] | ترڤندڠ

Definisi : 1. dapat dipandang, terlihat, ke­lihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-­tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, dise­gani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pan.dang] | ترڤندڠ

Definisi : 1 dpt dilihat; kelihatan; tampak: Tiba-tiba ~ olehku ular sawa melulur kambing. 2 tidak sengaja atau tiba-tiba saja memandang: Apabila keluar dr biliknya, ia ~ akan seorang gadis yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang Padang berukir-ukir,
     Membuat ukiran di kayu jati;
Terpandang tuan sedang berfikir,
     Saya merasa sakit hati.


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

PantunSumberTema
Tegak adat hidup terpandang, Pemimpin senang rakyat selamat; Rosak adat hidup menyimpang, Pemimpin kenyang rakyat melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Lalu ditaruh di atas peti, Terpandang oleh anak Cina; Bertambah mesra kasih di hati, Bolehlah berjalan ke mana-mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang-sayang buah kepayang, Makan isi kulit melayang; Kalau terpandang aurat Si Dayang, Punggung bergegar jantung bergoyang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain genggang bajunya putih, Jahit mari gigi belalang; Sejak terpandang hatinya kasih, Tidak peduli nyawa hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Tapang memasak harum, Dimakan orang kampung Seladak; Sudah terpandang tuan tersenyum, Seribu ringgit saya kehendak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gelang intan dalam puan, Gelang emas di kain berlipat; Bila terpandang wajah tuan, Hati berdebar lemah semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan budi senonoh; Elok akhlak nama terpandang, Sepanjang zaman menjadi contoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan laku pekerti; Elok akhlak nama terpandang, Sebarang kerja tentu menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas