Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sa.lah] | ترساله

Definisi : 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersalah

Puisi
 

Selasih hidup di bawah titi,
     Makan bersama buah papaya;
Kasih datuk tersalah beri,
     Orang tidak menimbang rasa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis.

Bermaksud :

Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Apabila memancung jangan tersalah, Kalau tersalah luka yang dapat; Apabila menolong jangan menyumpah, Kalau menyumpah tak ada manfaat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila duduk di tengah pasar, Tersalah duduk diinjak orang; Apabila mulut berkata kasar, Kepala terpesuk dilantak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila terbelah menjadi layu, Bila terkerat mohon elokkan; Bila tersalah berilah tahu, Bila tersesat mohon luruskan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Andainya hari bertambah cerah, Eloklah cepat menengok ladang; Andainya kaki tersalah langkah, Eloklah cepat berbalik pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau sekali bergalah terap, Dua kali bergalah buluh; Kalau sekali tersalah cakap, Dua kali menjadi musuh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dengan bismillah pembuka citra, Jari disusun memohon maaf; Jika sumbang tersalah bicara, Maaf saudara hamba mengharap.Pantun Melayu SarawakAgama
Anak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Selasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas