Sayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jong ditembak menggugah alam, Batang tiang buat gantian; Tidur tersentak di tengah malam, Kenang-kenanglah pada perjanjian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sentakkan kembang tengah malam, Cencang ratalah limau manis; Tidur tersentak di tengah malam, Hancur hati bagai diremas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Air selepak di dalam talam, Air geluk mandi dihabisi; Tidur tersentak di tengah malam, Bantal dipeluk ditangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sorek bukan betung pun bukan, Ruasnya pula berkotak-kotak; Upas bukan racun pun bukan, Tidur malam tersentak-sentak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |