| Yang disebut baju tersingkap, Baju terbuka nampaklah pusat; Orang tak takut pergi menyelap, Memburu betina sepepak tempat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tanda berbaju ada butangnya, Butang tersingkap dada terdedah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap membawa fitnah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Waktu duduk menumbuk lada, Kain tersingkap tiada tahu; Waktu datuk mabuk betina, Datin bersiap membawa palu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau selalu berkain gumbang, Lambat-laun tersingkap juga; Kalau selalu main belakang, Lambat-laun tertangkap juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau selalu berkain sarung, Lambat-laun duduk tersingkap; Kalau selalu bermain serong, Lambat-laun masuk ke lokap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Waktu mandi berkain basahan, Supaya aib tidak tersingkap; Baru sekali main sungguhan, Kerana nasib awak tertangkap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Adat memakai menutup aurat, Adat berkain pantang tersingkap; Adat beramai hidup bersahabat, Adat bermain memegang adab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Tengah hari bermian sulap, Banyaklah orang suka melihat; Tengah mengaji kain tersingkap, Banyaklah orang lupakan ayat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Anak tikus bermain asap, Mata berkunang perut pun sakit; Awak kurus kain tersingkap, Nampaklah tulang dibalut kulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |