Yang jauh tidak terbawa, Hendak dibawa angin membadai; Orang jatuh awak tertawa, Asyik tertawa kain terburai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gelak tertawa ganti-berganti, Sehari penuh tiada penat; Membuka mata menerangi hati, Menjadi suluh dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bagaimana kucing tidak tertawa, Gula bersemut dimakan tupai; Bagaimana kambing tidak berbangga, Kerana berjanggut disangka lebai. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walau berdagang rugi sedikit; Kami tertawa bergurau juga; Walau bintang tinggi di langit, Sehabis daya kujangkau juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak tertawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat, Membuka mata menerangi hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak kera masuk ke kebun, Nampak manggis tertawa-tawa; Awak dah tua mata pun rabun, Nampak gadis tergila-gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kera mencuri manggis, Matanya pedih kena je1atang; Awak tertawa hati menangis, Kerana kekasih dibawa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Jawa mengail todak, Dapat seekor dibawa pulang; Bumi tertawa langit tergelak, Tengok bulan di pagar bintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ikan gelama dimasak tumis, Mari dimakan berdua-dua; Kucing tertawa ayam menangis, Sebab bercinta si bujang tua. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sejak orang pergi menebas, Perbara tidak berapi lagi; Sejak terpasang gigi emas, Tertawa tidak terhenti lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |