Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tum.bu/] | ترتومبوق

Definisi : 1. terlanggar (terbentur, ter­tubruk); 2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumat­kan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), tertinju; 4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; 5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd (pan­dangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg tumbuh di sela-sela rumput; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tum.bu/] | ترتومبوق

Definisi : 1 sudah ditumbuk dgn alu dll. 2 terpukul dgn buku tangan atau dgn tinju. ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal atau fikiran; tidak tahu apa yg hendak di­laku­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertumbuk

Peribahasa

Angan lalu,
     faham tertumbuk.

Bermaksud :

Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Anak elang terbang rendah, Tertumbuk dahan patahlah paruh; Awak sayang orang meludah, Elok dibawa berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mengapa kakinya menjadi pengkar, Tertumbuk ke besi pemagar rumah; Mengapa lakinya jadi gementar, Menengok bininya sebesar gajah null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tembuk tabir bawakan benang, Tembuk dinding bawakan damar; Terumbuk fikir bawa bertenang, Tertumbuk runding bawa bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas